It has been a while since the last time I posted in this blog. I have been very busy during the whole orientation week. The schedule is very packed and only today I have the time to check my mail and surfing the net because I did not join the orientation today. Since the Law Faculty of University of Malaya emphasizes on both Bahasa Melayu and Bahasa Inggeris so in today's entry I will use my mother tongue's language in order to improve my command of both of the language.
Hari ini (Jumaat, 9 September 2011/10 Syawal 1432 H) merupakan hari terakhir Minggu Haluansiswa(MHS) atau dalam erti kata lain Minggu Orientasi Universiti Malaya. Namun saya tidak menyertainya pada hari ini dan saya amat berbangga dengan tindakan saya. Saya tidak berniat untuk tidak memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang akan mewakili Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah membuat persembahan pada malam ini di Dewan Tunku Canselor, tetapi saya berbangga kerana saya dapat menghindari daripada melibatkan diri dalam 'perlawanan cheers antara kolej kediaman.'
Saya hadir pada hari-hari yang sebelumnya namun saya membuat pilihan untuk tidak turut serta pada hari ini kerana saya yakin cheers akan dilakukan dengan 'lebih bersemangat' memandangkan hari ini merupakan hari terakhir. Walaupun saya secara peribadi membantah dan tidak bersetuju dengan budaya cheers ini namun saya ikut saja apa yang disuruh oleh Pembantu-pembantu Mahasiswa(PM) bukan kerana saya suka dengan apa yang saya lakukan tetapi atas dasar menghormati para PM.
Setiap kali isu cheers dibangkitkan, pasti para PM akan berhujah balas dengan jawapan-jawapan tipikal berikut:-
1. Cheers merupakan satu medium bagi menaikkan semangat para mahasiswa/wi baru pada Minggu Haluansiswa
2. Cheers merupakan satu instrumen bagi memupuk semangat kerjasama antara mahasiswa/wi
3. Cheers memerlukan cheer leader atau ketua cheers dan ini secara tidak langsung dapat melahirkan seorang pemimpin.
Islam merupakan agama yang saya anuti. Islam merupakan agama hujah. Oleh itu hujah hendaklah dibalas dengan hujah. Berikut merupakan hujah-hujah saya mengapa saya secara peribadi tidak bersetuju dengan budaya cheers:-
1. Berlatih cheers tanpa mengira masa; pagi, petang, sehinggalah larut malam, seolah-olah cheers merupakan agenda utama MHS. Ini menyebabkan waktu rehat para mahasiswa/wi terganggu.
2. Kebanyakkan cheers langsung tidak melambangkan keintelektualan seorang mahasiswa/wi, sebaliknya menzahirkan ketidakmatangan para maasiswa/wi
3. Cheers memupuk semangat assabiyyah ataupun semangat berpuak. Lebih-lebih lagi cheers ini adalah mengikut kolej kediaman masing-masing. Datangnya Islam adalah untuk menyatukan semua umat manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan yang paling penting KOLEJ KEDIAMAN yang diduduki di dalam kampus.
Apa yang boleh saya simpulkan di sini adalah cheers tidak memberi sebarang manfaat kepada para mahasiswa/wi baru selain hujah-hujah balas yang telah disebutkan terlebih dahulu. Ada banyak perkara lain yang dapat membangkitkan semangat/memupuk semangat kerjasama/melahirkan pemimpin dalam kalangan mahasiswa/wi baru.
Sekarang berlalih pula kepada kolej kediaman. Kolej kediaman yang sedang saya diduki pada ketika ini merupakan kolej kediaman yang terbaik, terbaru dan terbesar di Universiti Malaya iaitu Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah ataupun Kolej Kediaman Keduabelas(KK12). Malangnya saya merupakan tingkat yang teratas iaitu tingkat 7. Namun saya tetap bersyukur kerana berpeluang mendapat tempat di KK12 ini. Gambar-gambar di bawah merupakan gambar-gambar yang diambil di dalam bilik saya.
No comments:
Post a Comment